Cerite ni aku copy daripade utusan online!hehe lyn cite ni k?!aku memang suke sastera ni!
AKU masih cuba menahan kesejukan yang kian mencengkam. Dalam suhu kurang dua puluh darjah celsius begini, kedinginan bagai meratah-ratah tulang sumsum. Berentap pula dengan angin malam yang terus menyerbu. Gigi segera tergetap menahan dingin yang kian menggigit.
Jemariku masih galak menari, menekan aksara demi aksara di kotak e-mel. Salzburg serasa begitu menggamit ingatan. Diskusi lebih tiga bulan sudah yang mengangkat persoalan tentang bangkit dan rebahnya bangsa-bangsa di dunia ini kembali menjamah fikiran. Bumi Austria menjadi saksi hakiki bahawa diri ini tidak akan mudah patah hati dengan asakan dan iri, selagi peribadi berjati diri, akan aku sanggahi sesuatu yang menyilangi realiti.
Patrick,
Walau apa pun sumber catuan, lahirnya mana-mana bangsa di persada ini akan tetap berpaksikan akar nusa tersendiri. Aku ingin membantah sekeras-kerasnya pandangan akalmu Pat yang menyatakan bahawa ada bangsa yang statik di dunia ini. Aku tahu, kau cukup pesimis dengan titih bangsaku.
Kau harus percaya dan yakin Pat, kalau bangsa Melayu statik mana mungkin ia terselamat dari kemusnahan identiti dan tamadun hingga kini, sebagaimana yang banyak berlaku pada bangsa-bangsa lain.
Kau lihat Portugis, lebih 100 tahun mereka jajah Tanah Melayu, tapi tetap tidak mampu untuk mengkristiankan orang-orang Melayu dengan mudah, walaupun itu adalah salah satu metod untuk merobah minda. Reformasi lazimnya hanya tercetus dalam proses akulturisasi, dan tidak menjadi dalam revolusi.
"Jadi, penerimaan sesuatu pengaruh luaran masih bersandarkan saringan?"
Ujarmu itu sekadar melengkapkan pernyataan yang sudah tertulis pada tembok akalmu.
Rumpun bangsaku mungkin sedikit terlewat menerima teknologi dan pemodenan. Tapi itu bukan bermakna kami menolaknya. Segalanya disaring dalam keutuhan budaya dan tamadun kami. Bukan seperti bangsa Yahudi, bukan saja bergelar pendatang setelah sering dihalau pemerintah England, Perancis, Holland, Jerman dan Rusia sejak ratusan tahun dulu, malah sanggup pula menjadi perampas sosial dan ekonomi Amerika. Yang peliknya, orang kristian pula yang gerunkan Yahudi kerana besarnya pengaruh bangsa tersebut.
Kau pantas menafikan. Katamu, itu adalah antara kesilapan dalam bertindak. Tekanan dan kezaliman tersebut tidak harus berlaku. Bangsa kami ingin sedang menebusnya kini, ujarmu penuh semangat.
Tapi perlukah dengan jalan pintas Pat? Bukankah zalim bertindak dalam serampang dua mata, dalam masa yang sama pula sanggup memercikkan darah bangsa lain? Perubahan yang lahir dari kesedaran sewajarnya bersifat paradigmatik Pat. Ada kaitannya dengan kepercayaan, pemikiran dan pandangan sejagat. Kita seharusnya perlu berhati-hati menyusun jejak agar tidak terpijak sesuatu yang bukan milik kita.
Patrick,
Aku yakin, bangsa Asia terutamanya bangsaku tidak akan ditindas. Justeru kami akan tetap setia pada perjuangan bangsa. Apakah kau pasti bangsa apa di dunia ini yang suka memeras, mengugut, menganiaya dan mengikis tanpa kenal hak milik? Sudahlah tidak tahu beradab, tidak pandai pula untuk berterima kasih.
Kau sedikit marah saat itu, katamu aku sengaja menyentuh perihal sejarah pribumi bangsamu.
Tapi, kau tidak perlu terkilan Pat. Kau harus tahu, konsep itulah yang dilaksanakan oleh kebanyakan bangsa-bangsa di dunia ini agar tidak bersifat statik. Konsep manusia bukan hamba kepada makhluk ciptaan Tuhan perlu dilihat dengan serius.
Sewaktu aku turun di pentas diskusi, aku lihat keningnmu sedikit berkerut Pat.
"Kau suka sangat meletakkan isu tamadun silam dengan merendah-rendahkan Barat!" bisikmu sewaktu majlis berehat beberapa ketika.
Pat, semua bangsa perlu akur dengan dimensi hidup yang tidak pernah statik. Kita perlu timba pelbagai ilmu kontemporari untuk memajukan diri dan memahami rahsia alam yang diciptakan. Tetapi jangan sampai menjadikan sesama makhluk ciptaan Tuhan sebagai bahan eksperimen untuk menguji teori yang dicipta!.
Kita tidak akan mulia dan hina atas perilaku manusia lain Pat.
Aku tidak pasti sama ada kau pernah meneliti apa yang terkandung dalam kitab sucimu, Talmud. Kitab tersebut tanpa rasa jijik telah meletakkan bangsa-bangsa lain sama dengan najis mughallazah. Itu satu penghinaan yang amat besar Pat.
Penghinaan itu sebenarnya telah menyerlahkan kerendahan akal dan jiwa penganut agamamu yang sudah terperangkap dan gagal menentang kelemahan kerana lemahnya fahaman nilai manusiawi itu sendiri.
Ingatkah kau pada zaman kemusnahan manusia terdahulu Pat? Rosaknya Injil umpamanya kerana pertelingkahan hebat terhadap tafsirannya. Golongan penentang gereja telah meminta Injil ditafsir semula. Akhirnya kitab itu berserakan hala tujunya setelah menjadi unsur manusiawi yang bebas difahami dengan bahasa dan gerakfikir tersendiri, lebih malang, isi dan maksudnya boleh diubah mengikut tafsiran masing-masing.
Raja Bright iaitu raja Austria kelima tempat kita hadiri majlis diskusi tempoh hari pun pernah menghalau bangsa Yahudi pada tahun 1420 kerana sifat sombong dan bongkak mereka.
Itulah bahananya apabila sesebuah bangsa mengenepikan adab dan hemah dalam perlakuan. Kau pun tahu kan Pat, adab adalah etika kesedaran dan kepekaan kita atas kemanusiaan. Inilah demokrasi liberal yang berakar umbikan peradaban barat, bukan alasan untuk menceroboh hak peribumi lain.
Patrick,
Termasuk dirimu, kita sewajarnya tidak perlu dikongkong belajar mendalami, menyemai dan mempraktiskan nilai-nilai murni insani bangsa lain. Selama ini pun Barat telah berjaya mempengaruhi manusia di banyak tempat melalui modenisme budaya. Disuntik pula dengan pelbagai ideologi yang kononnya progresif dan pragmatis.
Sampai bila bangsamu akan bertindak begitu semata-mata untuk menggamit jagat ini dengan pengaruh kuasa dan wang?
Sudah terlalu lama Barat berhelah dengan banyak bangsa di dunia ini Pat. Sejak kurun keenam belas lagi. Mereka turut melingkungi lautan dunia Islam untuk melumpuhkan kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang cuba dibina bangsa-bangsa minoriti yang lain.
Saat itu, satu persatu wilayah jatuh ke tangan Barat sehingga lahirnya Kolonialisme Baru Eropah. Setelah itu, Barat tidak henti-henti memancing strategi bagi menguatkan tamadunnya ke atas dunia Islam.
Mereka sengaja cambahkan kekeliruan dengan macam-macam tipu helah. Kita perlu ada entiti budi dan daya bukannya matlamat politik semata-mata Patrick. Boleh bersikap universal, tidak lagi bersifat manusiawi jika menggunakan medium pencerobohan ke atas bangsan dan nusa orang lain sebagai galang ganti.
Pat, aku teringatkan peristiwa lampau. Sejarah pertentangan manusia begitu panjang kronologinya. Sejurus berlakunya perang Salib, disambung pula dengan penaklukan Iberia terhadap Amerika Tengah dan Amerika Latin.
Kemudian atas nama peradaban ketika zaman kegemilangan kolonialisme dan imperialisme, Eropah pula cuba membuat penentangan ke atas komuniti barbarian.
"Bila lagi kita harus taksub dengan ilmu dan kemajuan yang kita ada. Inilah detiknya. Semua bangsa ingin membina proses pensejagatan tersendiri." Katamu beberapa jam sebelum aku akan meninggalkan bumi Salzburg. Nampaknya nubarimu masih lagi berpendirian sama.
Pat,sesekali kau juga perlu hadir ke Asia. Dalami karya penulis Asia seperti novel Bumi dan Manusia tulisan Promoedya. Catatan tentang mustahaknya memiliki ilmu laduni banyak kali digarapkan oleh penulisnya.
Adakalanya ilmu mampu melahirkan keajaiban kepada seseorang. Namun awas, jangan disalah guna atau diselewengkan apa jua ilmu yang bermaruah itu. Ketinggian ilmu orang-orang Jerman umpamanya, telah mampu membina dan memasang kawat laut dari selat Inggeris sampai ke India. Ia membiak berjuluran ke seluruh permukaan bumi untuk mengawas tingkahlaku manusia. Benarlah kata pepatah, ilmu itu kuasa Pat.
Patrick
Dunia kita ini sudah terlalu uzur untuk menanggung beban pertentangan sesama bangsa yang telah berentetan sejak sekian lama. Sepatutnya ia sudah lama berakhir. Mendiang Pope John Paul 11 pernah membuat kunjungan ke masjid Umaiyyah di Damsyik beberapa tahun lalu. Ia seperti petanda dan simbolisme bahawa konflik agama dan peradaban sesama manusia sudah sepatutnya tamat.
Jagat raya ini juga akan rugi kerana tidak mampu lagi mengeksploitasi sains dan teknologi untuk diinteraksi sesama insan. Soal ekonomi, sosial dan nilai sejagat akan turut terpalit sama.
"Barangkali kerana kerana krisis ilmu itulah yang membuatkan ekonomi negaramu pernah merudun, dan kini masih terus lembab agaknya!" Ada nada sinis yang terpacul dari bibirmu.
Aku fikir bukan itu faktor tunjangnya Pat. Bahananya kerana kami terlalu yakin dengan teori kekayaan material yang banyak mengundang kesan negatif seperti rasuah, kronisme, sombong, angkuh dan keruntuhan moral. Semua teori itu datangnya dari Barat Pat.
Patrick,
Hidup kita ini seperti pengembara. Terpaksa meneruskan kehidupan dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Semua tahu bahawa puncak matlamatnya adalah untuk mendapat keredaan dan keberkatan dari yang maha tinggi.
Maksud aku menilai dan bertindak perlulah bertunjangkan kepada asas tadi. Hidup kita ini sentiasa berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Kemungkinan yang selalunya memakan diri apabila kita gagal untuk menangani kehampaan!
Semua fahaman kapitalisme, sosialisme, facisme dan nasionalisme adalah berakarkan materialisme. Mengatasi kemiskinan dengan cara itu bukan tak penting Pat, tetapi kepentingan peribadi mesti dipisahkan. Kebencian dan iri hati hanya akan mencabar kualiti manusia secara keseluruhannya.
Aku harap kau renung kembali catatan smsku ketika aku sudahpun berada di dalam pesawat tempoh hari - Kau mesti canangkan kepada semua pendukung fahaman Barat yang selalu mengagungkan sains dan teknologi dengan teori yang dangkal supaya menghentikan usaha meyebarluaskan fahaman materialisme dan hedonis-oportunisme tersebut.
Bukan apa Pat, sekadar mengingatkan. Sebetulnya segala perencanaan tersebut tidak lebih hanya sekadar penyamaran yang berselindung di sebalik metod pragmatisme dan modernisme yang kononnya dianggap progresif.
Bangkitnya kesedaran dan semangat juang yang tinggi di kalangan rakyat Iraq dan Palestin umpamanya adalah sebuah kesedaran agar tidak terus alpa dengan lampias nafsu Barat. Aku fikir ia suatu permulaan yang baik Pat.
Patrick,
Aku cukup kagum dengan bandar kelahiran Amadeus atau lebih dikenali sebagai Mozart di bumi Salzburg ini. Beliau adalah pemuzik dan penggubah lagu yang begitu abadi dalam ingatan penggemar seni suara. Lagu-lagunya yang hampir berjumlah 600 buah tetap hidup di bandar legenda ini.
Masih terngiang-ngiang irama lagu-lagu dari filem Sound of Music gubahan Mozart. Satu-satunya komposer pujaan dan simbol muzik yang masyhur dalam sejarah Austria. Merriam Webster dari Amerika dan Robert dari Perancis, merujuk Mozart sebagai 'Wolfgang Amadeus'
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Berlin mendapati bahawa mana-mana murid sekolah ketika itu yang mendengar lagu ciptaan komposer tersohor tersebut selama 10 minit sebelum menempuh mana-mana ujian di sekolah, ternyata memiliki nilai kepekaan lebih tinggi berbanding mereka yang mendengar lagu dari komposer lain ataupun yang tidak langsung mendengar irama muzik.
Dalam tenang yang mendamaikan. Selamat berbahagia Pat, moga-moga akan ada lagi pertemuan nanti untuk lebih banyak ruang terbuka bagi kita bermuhasabah diri. Kita wajar bersiap siaga untuk membina kekuatan dan jati diri mendepani usia, lalu nanti kita akan bersama-sama membina manusiawi dengan kekuatan kaki bangsa kita sendiri.
****
kalo bagi korang cerite ni x best jgn bace!kalo best pandai2 la komen ye?hehe...;
****
No comments:
Post a Comment
Komen Saya !